AKTIVITI JABATAN


MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA HARI GURU 2011


Majlis ini adalah anjuran JK Bilik Kecik dibawah kelolaan Bengkel Automotif. Majlis telah diadakan pada 19/5/2011 bertempat di Bilik Penjajaran Roda . Jamuan telah disediakan oleh JK yang membawa juadah masing2 untuk dimakan bersama2 selepas majlis tahlil dan doa selamat diadakan. Terima kasih kepada semua ahli yg telah menjayakan majlis yg diadakan ini semoga ianya mendapat rahmat Allah SWT. Kepada rakan2 yang tidak dijemput, maaflah sebab jamuan yang disediakan adalah terhad dan kami harapkan ditahun2 hadapan lebih ramai lagi penyertaan dari kalangan staf semua. Untuk jamuan hari raya aidil fitri tahun ini, Staf KFL telah dilantik sebagai pengelola majlis.



5 S

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.

Perbadanan Produktiviti Negara ( NPC) merupakan antara jururunding kepada organisasi yang berminat melaksanakan Program 5S di negara ini. Perkhidmatan itu disediakan kepada organisasi swasta dan kerajaan. Setiap organisasi yang mendapatkan perkhidmatan NPC akan diberi latihan (3 sesi) dan lawatan konsultasi (6 sesi).





Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)

  •   Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

  •   Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
  •   Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
  •   Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
  •   Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
  • Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

  •   Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
  •   Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
  •   Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
  •   Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

  •   Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
  •   Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

  •   Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
  •   Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
  •   Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S